SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2HSM (Nine Whiskey Two Hotel Sierra Mike)!

Just for City Zack

Tuesday, September 8, 2009

Rakyat M'sia di Jakarta diancam dengan buluh runcing







Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di Jakarta khasnya, agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan, berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.Bagaimanapun, detikcom melaporkan tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.- BERNAMA.


Sementara di Medan Indonesia, Sekumpulan Warga Indonesia menahan kenderaan untuk mencari warga Malaysia,sambil tangan memegang buluh runcing. dan menyebabkan kesesakan lalulintas. yang menghairankan tiada angota keselamatan melarang perbuatan mereka.


Kalau di Malaysia sekiranya berlaku tunjuk perasaan.maka pihak keselamatan akan segera tampil.


Buat Warga Malaysia yang bercadang untuk ke Indonesia,harap tangguhkan dahulu niat anda. kerana di Indonesia tiada lagi sifat kemanusian ada padanya.


Buat warga Indonesia (TKI) di Malaysia. Anda Jangan Kuatir keselamatan anda terjamin dan anda boleh cari makan di sini.
.
Demi keselamatan warga dan pelajar Malaysia di Indonesia. Saya memohon Kerajaan Malaysia mengambil tindakan segera dengan membawa pulang kesemua warga kita ke tanah air. Ini disebabkan tiada jaminan keselamatan ke atas warga kita disana. Pegawai keselamatan Indonesia seolah-olah menyokong tindakan warganya keatas warga kita.
Seingat saya belum pernah warga Malaysia membaling telor busuk kerumah warga Indonesia di Malaysia,Malah kita Layan mereka dengan begitu baik. atau warga Malaysia begitu gerun dengan warga Indonesia.
Benar sungguh kata-kata rakan saya di Indonesia bahawa:-
Orang Indonesia Mulutnya Manis
Tetapi Hati Busuk,
Orang Malaysia Mulut Jahat,
Tetapi Hati Baik.

No comments:

Post a Comment