SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2HSM (Nine Whiskey Two Hotel Sierra Mike)!

Just for City Zack

Tuesday, October 6, 2009

KUNJUNGAN RAYA DARI RAKAN HAM DAN KELAB KPFM

Segamat,Johor .4hb Oktober 2009 bersamaan 15hb syawal 1430 hijrah.
Sekembali saya dari Taman Negara Endau Rompin,Selai . Saya di beritahu oleh 9W2SGT bahawa rakan dari kelab KPFM En Salleh @ WTMB mengadakan rumah terbuka di kediaman beliau di FELDA Tenang,Labis Johor.

Saya yang agak keletihan tidak melepaskan peluang untuk bertemu rakan-rakan Ham dan Kelab KPFM yang mana sudah agak lama tidak keudara.

Saya ke Taman Negara Endau Rompin,Selai .Johor atas urusan Salt mine .Saya memasuki Taman Negara pada 2hb Oktober 2009 sempena kaki Tangan Taman Negara,Johor mengadakan perjumpaan Hari Raya yang berlangsung pada 3hb Okt 2009.

Sebenarnya pada 4hb 0kt 09. Saya telah keluar se awal Jam 9.30 pagi.apabila saya sampai di Kg Selai.Pengarah Taman Negara, Johor. Tuan Haji Abu Bakar meminta saya kembali ke Lubuk Tapah, Sebab beliau ingin keluar bersama dari Taman Negara.Maka,saya pun berpatah balik dan dapat perlepasan jam 1.30 tengah hari.

Di dalam perjalanan pulang ini lah 9W2SGT mengumumkan kepada saya hajat En Salleh untuk mengadakan rumah terbuka.

Sampai di rumah En salleh,suasana begitu meriah dengan kehadiran rakan-rakan Ham dan Kelab KPFM. banyak peristewa manis berlaku terutama buat pertama kali saya berjumpa dengan rakan Ham Dari Melaka, 9W2KVV yang mendakap saya.setelah lebih kurang tiga tahun keudara bersama beliau, di rumah En Salleh kami Bertemu buat kali pertama.

Lebih kurang jam 3.00ptg,rakan-rakan dari Melaka,Muar, Batu Pahat. Rompin dan juga lokalan Segamat di Pelawa oleh 9W2ABW ke Base Station Beliau di Kg Air Panas,Labis ,Johor. Sebelum kerumah 9W2ABW rakan-rakan sempat singgah di kolam Air Panas yang terletak tidak jauh dari Base Station 9W2ABW.

Di base station 9W2ABW kami di jamu dengan jamuan segera tetapi mengancam enaknya yang di hidangkan oleh XYL 9w2ABW. Terima Kasih kepada XYL Pak Wahab kerana bersusah payah dalam keadaan tidak diduga menerima tetamu.

Oleh Kerana semua rakan yang hadir dari luar daerah,maka saya mengambil kesempatan untuk mempelawa rakan-rakan ke base station saya di Segamat, Satu kejutan buat XYL saya yang bersendirian di rumah. agak terkejut juga beliau apabila saya menyatakan ada tetamu lebih kurang 18 jelopy akan ke Base. saya kata pada beliau buat persedian yang termampu.

Sebenarnya XYL saya tidak menyangka saya akan kembali ke base.biasanya kalau saya salt mine ,mungkin 1 minggu baru balik.

Di sini saya mengambil kesempatan kepada semua yang hadir ke base station saya, dengan ucapan jutaan Terima kasih.

9W2MOO ALif kehabisan bateri.Gambar di base station 9W2ABW.

Gambar ehsan dari WTDY @ Eddy Jawa
Rakan Ham dan Rakan Kelab KPFM bergambar kenang-kenangan di Base Station.9W2HSM

Rakan dari Melaka:-
9W2KVV dan keluarga
Rakan dari Rompin,Pahang:-
WTTA Abang Atan dan Keluarga.
WTAZ Kak Aza Xyl Abang Atan
Rakan dari Muar :-
9W2MOO dan keluarga
9W2TBA dan Keluarga
WTRI @ Rammy dan Keluarga
Rakan Dari Baru Pahat:-
9W2LBY dan Keluarga
9W2JJX @ kak Loja
WTDY dan Keluarga.
WTBYX haromnic 9W2LBY
Rakan dari Segamat:-
WTMA @ Bang MON dan keluarga dari Felda Pemanis
WTFW @ Bang Fadzil dan Keluarga
WTDO @ Bang DO dan keluarga
WTMC @ Bang NON dan Keluarga
WTZP @ ..........
9W2MAV Bang MON
9W2ZCH Cikgu Zaidi dan keluarga
9W2ESS Bang SES dan keluarga
9W2 ACX Acik Dan Keluarga

Dan rakan-rakan yang tidak dapat saya sebut harap maaf.
Gambar ehsan dari 9w2ABW:-
9W2ZCH Cikgu Zaidi ,WTFW@ HALIM DAN 9W2ESS@ SES

HARMONIC 9W2LBY DAN WTDY @ EDDY JAWA DARI PARIT SULUNG,B.PAHAT.

WTZP & 9W2MAV @ Ababg Mon dari Felda Pemanis
HARMONIC 9W2LBY 9W2KVV DAN 9W2ACX @ ACIK

9W2LBY Abang Bhai, WTRI abang Remy DAN WTTA @ ATTAN tu ya

9W2KVV @ EN.KADIR. orang Melaka 9W2TBA @ SJN NORDIN IPD MUAR. orang Segamat.

No comments:

Post a Comment