SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2HSM (Nine Whiskey Two Hotel Sierra Mike)!

Just for City Zack

Friday, August 28, 2009

BUNGA-BUNGA PEPERANGAN INDONESIA- MALAYSIA

Terlebih dahulu saya memohon jutaan maaf kepada rakan Ham saya di ORARI terutama di kepulauan Riau, Karimun dan sekitarnya.

Bukanlah niat dan tujuan saya untuk merenggangkan persahabatan diantara dua Negara.tetapi saya terpanggil untuk menyedarkan rakyat kedua negara bahawa kita serumpun.

Tetapi yang jelas,rakyat negara Indonesia tidak senang hati dengan Negara Malaysia. Ini dapat di lihat setiap hari ada isu dan ungkitan untuk membelasah Malaysia tidak kira isu itu hanya isu remeh temeh. kalau dikira bantuan Malaysia kepada Indonesia dalam apa segi sekali pun tidak dapat di tandingi.

Nasihat rakan saya dari Indonesia sekitar tahun 1980 an berbunyi " Berhati-hati dengan Orang Indon, mulut manis,tapi hati busuk. dan Orang Malaysia mulut Jahat,tapi Hati Baik". Nasihat tersebut di berikan kepada saya oleh rakan saya di Indonesia kepada saya sempena lawatan saya ke Pulau Jawa pada Tahun 1980 an. tapi saya tak hiraukan..

Kalau sebelum ini Malaysia selalu di sakiti oleh Jirannya Singapura.walau pun Singapura di beri Minum air oleh Malaysia. Malah air Malaysia di jual dengan lipat ganda,tetapi masih Memusuhi Malaysia.dan akhirnya mendiamkan diri setelah Pulau Batu Putih dimiliki. Itu lah pengorbanan Malaysia kepada Tetangganya.

Kini, tetangga yang di anggap saudara kandung pula sedang berusaha untuk menidakkan Malaysia dalam apa cara sekalipun setelah Negara tersebut kehilangan sebuah pulau di Sipadan. dengan itu serangan demi serangan di halakan ke Malaysia untuk menunjukkan protes nya terhadap Negara Ini.

Kita bandingkan isu-isu yang dibangkitkan kepada Malaysia adakah ianya berbaloi dengan harga yang di belanjakan oleh kerajaan Malasyia untuk memberi makan pendatang tanpa izin Indonesia. setiap bulan Jutaan Ringgit di hantar pulang oleh wisatawan indonesia ke negaranya.

wang untuk memberi makan kepada Pendatang tanpa izin Indonesia sepatutnya di beri kepada Ibu tunggal dan anak-anak yatim. itulah dia warga Jiran kita yang tidak pernah berterima kasih kepada kita.malahan menghina kita setiap hari.

Itu lah sikap Murni orang Malaysia, apa bila kita ada tetamu kita layan dia dengan baik. Tetamu yang datang ini pula mengajar kita lagu 'Rasa sayang eh rasa sayang sayang eh..." maka kita pun bernyanyi lah lagu itu dengan rasa kasih sayang...

Sebaliknya lepas itu di tanamkan rasa benci kepada kita kerana kita menyanyi lagu itu. hairan sungguh saya, lagu yang pada mulanya untuk merasakan kasih sayang,menjadikan pedih di hati..

Serangan keatas Malaysia bukan berakhir dengan lagu rasa sayang eh. timbul pula lagu kebangsaan Negara ku pula dikatakan milik mereka iaitu lagu Terang Bulan.


BENDERA NEGARA YANG RAKYATNYA MENUMPANG MENCARI REZEKI DI NEGARAKU DAN KEHILANAGAN SEBUAH PULAU SEKARANG INI SEDANG BEERUSAHA MERACUNI RAKYATNYA UNTUK MEMBENCI MALAYSIA.



BENDERA NEGARA KERDIL INI SEDANG BERHADAPAN DENGAN MUSUH YANG DULU NYA DI ANGGAP SERUMPUN BANGSA.


JALUR GEMILANG , selamat menyambut hari kemerdekaan ke 52.

"Lagu Negara ku pun di katakan di cedok dari lagu terang bulan."
Lagu Negaraku
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke:
pandu arah, gelintar
Negaraku
Lagu Kebangsaan
Malaysia
Lirik
Pelbagai pengarya
Muzik atau irama
Pierre Jean de Beranger (1780-1857)
Mula diisytiharkan
1957

Negaraku
Masalah mendengarkan ? Sila lihat
bantuan media.
Lagu Negaraku (
Jawi: نڬاراکو, bahasa Cina: 我的祖国, Tamil:நெகாராகூ) dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah Baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.
Lagu rasmi negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan
Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.
Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan
Pancaragam Polis Diraja. Lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan telah terpilih. Keputusan jemaah hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu.
Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik
Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.
Lagu Negaraku telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak oleh
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Lagu Negaraku berentak baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003.
Lagu Negaraku berentak baru itu dimainkan selepas
Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali.
Lirik Negaraku berentak baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan selepas itu, pergerakannya akan bertambah laju.

Terang Bulan
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to:
navigation, search
Terang Bulan ia a song adopted from a famous song during the late 19th century in the French occupied territories in the Indian Ocean.
The song was composed by
Pierre-Jean de Béranger (1780-1857), a French lyricist. It became a popular French melody, and was prominent on the island of Mahé in Seychelles. The song's popularity spread across the Indian Ocean and reached as far as the Malay Archipelago early in the 20th century. In 1901, it was presented as Perak State Anthem during installation ceremony of King Edward VII. In 1920s, an Indonesian Bangsawan made the first debut of the song while performing in Singapore. The melody soon became very popular among the the people and was given the name Terang Bulan (Bright Moon), becoming a Malay 'evergreen', playing at parties, in cabarets and sung by almost everybody in the 1920s and 1930s. Today, of course, since independence, it is not played as a popular melody, and any such use is proscribed by statute.


Telah saya perturunkan pencipta asal kedua lagu tersebut, terpulang kepada pembaca menilainya. Hairan sungguh ya kenapa orang Perancis tidak menuntut hak milik ciptaan kepada kedua lagu tersebut.
Terlalu banyak Isu yang di ketengahkan oleh Jiran Tetanga kita Indonesia semata-mata untuk meyakitkan hati rakyat malaysia.
cemburunya kepada Bangunan berkembar Petronas kerana menyerupai Candi Borobudur. Selain dari Tarian Pendet, kuda Kepang, Barongan, dan Batik.
Buat warga Malaysia, bersyukurlah kepada negara kamu kerana negara kamu di rahmati dan di Lindungi Allah. bandingkan dengaa negara Jiran kita. hidup kita lebih makmur. kalau sekilo gula pasir di negara kita berharga RM 1.45 di Indonesia berharga RP10,000 bersamaan RM 3.++.
Secawan Teh Tarik di Malaysia berharga RM0.80 di Indenesia RP 6,000.
Sungguh bersyukur kepada Allah di atas nikmat dan kesejahteraan yang di limpahi kepada negara Ini,Malaysia. Ku mohon kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita bersatu sebagai SATU MALAYSIA menentang segala bentuk serangan kepada negara ini.
Protes saya kepada pemerintah Indonesia, Saya akan batalkan kunjungan saya ke negara tersebut walau pun tiket penerbangan dan Tempahan hotel telah di bayar

syabas air asia jangan jadi macam ADAM air
JADUAL PENERBANGAN SAYA KE BANDUNG TERPAKSA SAYA BATALKAN

Booking Date : Sun 28 Jun 2009 Name : Ismail/xyl Address : c/o Mayban, UMNO Bldg,, Jalan Awang, Segamat, 85000 JH Malaysia Contact : 6079436xx7 (tel) (mobile) 60127158xx3 (fax) Email : hassnan6@hotmail.com Guest Details () denotes infant 1.MR HASNAN, HJ IBRAHIM Flight Details Flight Departing Arriving QZ7596 Economy Promo Kuala Lumpur (KUL) Kuala Lumpur (LCC Terminal) Sat 10 Oct 2009, 1355 hrs Bandung (BDO) Husein Sastranegara Airport Sat 10 Oct 2009, 1500 hrs QZ7595 Economy Promo Bandung (BDO) Husein Sastranegara Airport Wed 14 Oct 2009, 0600 hrs Kuala Lumpur (KUL) Kuala Lumpur (LCC Terminal) Wed 14 Oct 2009, 0905 hrs InFlight Services Guest ASR Kuala Lumpur Bandung ASR Bandung Kuala Lumpur HASNAN, HJ IBRAHIM •Supersize Regular (Up to 15KG) •Supersize Regular (Up to 15KG)

Monday, August 24, 2009

INDONESIA VS MALAYSIA- TRANS 7


Indonesia, Malaysia dan Brunei adalah satu rumpun bangsa sejak dahulu lagi telah memakmurkan asia tenggara dengan ikatan rumpun bangsa, hubungan itu bolehlah dianggap seperti isi dengan kuku. kalau di cubit peha kiri,peha kanan akan terasa. Walau pun berlaku konfrantasi pada awal tahun 60an dimana Big brother (Indonesia) selalu suka membuli younger brother (Malaysia) ,namun peristewa tersebut dapat di selesaikan dimeja rundingan.


Namu sikap younger brother yang selalu menyakat Big brother,dan big brother yang angkuh tidak mahu tunduk dengan sikap kenakalan adik bungsu.maka keraplah berlaku pergeselan diantara kedua kakak beradik ini.


Satu persatu isu yang membakar hati nuraini rakyat big brother dengan sikap adik bungsu ,di ketengahkan. Dari isu kebudayaan sampailah ke Isu Sempadan.


Kemungkinan Big Brother hendak lari dari isu kelemahan politik dalaman hingga menyeret rakyatnya ke Isu yang boleh mendapat simpati dari rakyat dimana pada pandangan mereka adik bungsu ini boleh di kotak katik atau di Sekeh. rupa-rupanya adik bungsu ini bukan sebarang anak.hingga kehilangan sebuah Pulau di buat oleh adik bungsu ini.


Selama ini big brother selalu merungut bahawa adik bungsu selalu claimed itu dia punya,ini dia punya.hingga dia lupa bahasa yang di tutur siapa punya? . hubungan kakak beradik ini tidak boleh dipisahkan walau apa cara sekali pun.


Kalau di lihat hubungan dalam satu keluarga, diantara anak sulung dan anak bungsu,siapa yang lebih mengada-ngada? begitulah hubungan kedua negara Indonesia dan Malaysia ini.


Kalau kita ke pantai barat Negeri Johor,Dari pontian hingga ke Muar, hampir 80% berasal dari Jawa. hingga nama tempat bulat-bulat di import dari Jawa hingga ke Makasar.Kesultanan Johor pun berasal dari suku sakat Bugis. di Negeri sembilan,keseluruhan Melayunya dari Minangkabau,Padang Sumatera.Di negeri Perak. Ramai penduduk berasal dari Sumatera. dengan peghijarahan ini sudah pasti segala bentuk seni budaya di bawa bersama.


Bagaimana Big Brother,Indonesia begitu cemburu dengan Younger brother ini. mungkin kejayaan younger brother di arena antara bangsa membuat Big brother tercabar. atau ,begitu ramai rakyat Big Brother berbondong-bondong ke rumah younger brother membuat big brother cemburu.


Baru-buru satu saranan telah diajukan kepada kerajaan Indonesia melalui Television Trans 7. agar menganyang Malaysia dengan menghantar pulang kedutaan Malaysia dan menutup kedutaan Indonesia di sebabkan Tarian Pendet. saya pula cadangkan kepada pemerintah Indonesia tutup kedutaan Amerika di Indonesia dan bawa pulang Kedutaannya di Amerika di sebabkan seorang Rakyat Indonesia meniru tarian ala Micheal Jackson,dan berpakaian Ala M.Jackson di singapura.dan selanjutnya boleh lah dikatakan cari makan dengan meniru gaya Micheal Jackson.


Malahan lagu rasa sayang pun menjadi isu.' Wahai warga Indonesia, dimana sifat rasa sayang anda?".

"rasa sayang"



rasa sayang eh


rasa sayang sayang eh


eh lihat nona jauh


rasa sayang sayang eh




buah cempedak di luar pagar


ambil galah tolong jolokkan


saya budak baru belajar


kalau salah tolong tunjukkan




pulau pandan jauh ke tengah


gunung daik bercabang tiga


hancur badan di kandung tanah


budi yang baik di kenang juga




dua tiga kucing berlari


mana sama si kucing belang


dua tiga boleh ku cari


mana sama abang seorang





pisang emas dibawa berlayar


masak sebiji di atas peti


hutang emas boleh di bayar


hutang budi di bawa mati .



Lagu Rasa Sayang yang membuat rakyat kedua negara tidak rasa sayang.


Commented by Torqua:-
1. I have to say Sorry at first….Actually this is Indonesia Folk Song that came from Ambon, so this song is belong to Indonesia, and Malaysia used it without any permission from Indonesia….Could u tell me, your own opinion about this song? because for an Indonesian, this is just hurt more and more after batik, angklung, and many more…

commented by Siti....
2. Sekiranya ada yang bersifat kasar terhadap isu Rasa sayang eh ini adalah berpunca dari kebodohan wakil yang cuba mengapi-api kan rakyat Indonesia untuk membenci Malaysia, dan cuba memisahkan kami dari budaya kami yang berasal dari Nusantara. Ini amat menakutkan kami Rakyat Malaysia dan membuat kami teringat akan polisi Ganyang Malaysia.Nampaknya masih ada di Indonesia yang masih berfikiran komunis Sukarno.Ebiet G Ade dipilih bukan sebab kami hendak meMalaysiakan dia tetapi kami mengabadikan asal usul kami dari Nusantara dan kita adalah serumpun. Kita pun tahu dia itu bukan Malaysian.
Saya jamin Petronas adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab dan yang selalu juga membayar apa-2 royalti yang perlu di bayar.
Indonesia harus menyingkirkan attitude “Big Brother” dan harus menerima bahawa Indonesia, Malaysia, dan Brunei adalah serumpun dan banyak dari segi budaya adalah sama.
Perihal batik, kalau Malaysia dan Indonesia tidak mematen, kemungkinan USA atau Singapura akan mematennya.
Seketika dahulu, “Rasa Sayang Eh” selalu digunakan di perhimpunanw Girl Guide sedunia dan pernah disabitkan sebagai lagu Singapura.


Comment Siti selanjutnya.


1. Kalau di teliti Lagu Rasa Sayang eh menggunak pantun pantun yang berbahasa Melayu. Setahu saya orang Ambon tidak berbahasa Melayu, lebih lagi berpantun Melayu.
Bahasa Indonesia hanya di ‘citak rompak’ dari bahasa Melayu pada abad yang lalu.Saya kira mustahil kalau lagu ini berasal dari Ambon. Nona adalah bermaksud gadis2 portugis di Melaka.
Saya kira lagu ini berasal dari Melaka. .


Comment dari saya- setiap pengiat seni sebelum menyanyi dapatkan izin dari penciptanya dahulu.itulah yang diamalkan di Indonesia.kalau boleh tunjukkan surat izin sebelum menyanyi.


Tarian Pendet,


Saya pun hairan pada mulanya, mengapa Tarian yang tak islamic ni nak di rebut dari orang Bali.setelah berfikir sejenak,dapatlah saya buat konklusi,biasanya orang yang terlibat dalam seni orang unik. saya ada sedikit pengalaman dalam bidang seni walaupun bentuk fizikal saya tak layak jadi penari, tetapi pernah mendapat hadiah tempat kedua dalam pertandingan Drama Tari (KKBS) peringkat N.Johor sekitar tahun 1980.walau pun adegan saya hanya pak pacak.medalnya serupa juga. Jadi kerajaan Malaysia tak perlu minta maaf kepada Orang Bali.Penciptanya dah pun Tak ada dalam dunia. serupa juga lagu-lagu Tun P.Ramlee. anaknya juga tak dapat royalty. Bak Kata orang." bila jadi orang seni, individu tersebut telah menjadi milik semua".


TARI PENDET.




TARI PENDET.




BENDERA INDONESIA


Cuba kita teliti bendera Indonesia ini, Kenapa dimasukkan peta Malaysia dan Selatan Filipina? dan juga selatan Thailand? adakah Indonesia berhajat untuk menawan negara tersebut.atau mengiktiraf rumpun melayu serumpun dengannya?



BENDERA UMNO
Yang si UNMO ni tak ada warna lain ker bulat-bulat tiru bendera Indonesia?



TWIN TOWER



CHANDI BOROBUDUR




KUDA KEPANG.

The Kuda Kepang is a very interesting dance from Johor./Jawa Indonesia
The dance was once a form of totemic worship.
The dance had strong links with spirit possession and often dancers went into a trance-like state.
However with the Islamisation of Malaysia, this dance now generally renders the tale of nine Javanese men who spread the Islamic faith in the interior of Java.
The nine Muslim evangelists rode on horseback and dramatized stories of the battles waged and won for the cause of Islam to draw and hold the attention of the congregation.
Kuda Kepang is performed by nine dancers who are seated astride a two dimensional 'horse' made of hide or pleated rattan.
The dancers re-enact the early Islamic battles in enthusiastic gestures and vigorous action. Naturally as time as moved this dance is seen very much more for its entertainment value.
This dance is performed in accompaniment to a rich and exotic rendition of traditional music played with indigenous instruments such as gongs, tambourines and angklungs.






Cultural performances originating from Indonesia, such as the "Barongan" and "Endang" dances, are to be shelved from Malaysian tourism promotion activities due to the controversy raised by cultural activists from the republic.Tourism Minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor said today the decision was taken to ease the controversy while the matter was sorted out by the Culture, Arts and Heritage Ministry with the Indonesian Ministry of Culture and Tourism."The (barongan) dance thrives in Johor. If we look at history, our forefathers who migrated here had brought the culture and way of life from Indonesia to be part of our culture."In the old days, there were no boundaries between Malaysia and Indonesia, no passports, and not even an immigration system," he told reporters after opening a mass circumcision programme at the Putrajaya Hospital, here.His announcement came in the wake of a demonstration by Reog Ponorogo (Barongan in Malaysia) activists outside the Malaysian Embassy in Indonesia recently, disparaging Malaysia for what it claimed was promoting the dance as part of the Malaysian culture.Of late, the Indonesian media has also been critical of Malaysian songs and dances performed at official functions and over television which it claimed belonged to the republic




"Mohon saya kepada pemerintah,Malaysia. janganlah di import segala bentuk kebudayaan yang melambangkan keagamaan selain dari Islam .di kuathiri akan mendatang bencana ke Negara ini sebagaimana allah telah menurunkan terlalu banyak bencana kepada Indonesia ,kerana kita tidak mahu menjadi syirik dengan memuja jin. Lihat sahaja lah wahai pemerintah,segala yang ada kita import dari Indonesia banyak mendatangkan bencana ke negara ini,kalau dulu kita tidak ada gempa bumi.sekarang kita rasai,kalau dulu kita tak ada tsunami,kita dah dapat sipinya. kalau dulu kita tidak ada tanah lungsur kita telah merasai nya. Malahan, perompak dan lanun dari Indonesia pun kita dah import."

Thursday, August 20, 2009

QUIT SMOKING- Sempena Ramadhan ,Khas buat rakan yang berhajat berhenti merokok.

THE OPENING:-

بسم الله الرحمن الرحيم


الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ 1.


In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.

2. Praise be to God, the Cherisher and Sustainer of the Worlds;

3. Most Gracious, Most Merciful;

4. Master of the Day of Judgment.

5. Thee do we worship, and Thine aid we seek.

7. Show us the straight way,

8. The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whose (portion) is not wrath, and who go not astray.

Amin...................


Kawan ku,


Sempena ramadhan ini genap lah 5 tahun saya berhenti merokok, kalau di ikut takwin barat semasa saya dimasukkan ke hospital pakar Seremban pada 10hb Okt.2004 jatuh pada awal bulan ramadhan.


Pada tarikh keramat tersebut telah banyak mengubah cara hidup saya seharian. salah satunya ialah saya dah tak merokok lagi.


Teringin saya berkongsi pengalaman saya kepada sesiapa sahaja yang ingin berhenti merokok,bermacam-macam tips dan pertua tetapi tidak berjaya. saya juga tidak menjanjikan kejayaan kepada rakan-rakan,tetapi hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang membawa saya meninggalkan tabiat merokok dan mengubah perspektif saya terhadap perokok.


Walaupun pihak kerajaan berusaha berbagai-bagai cara untuk menakut-nakut perokok tetapi segala usaha tersebut bagi saya gagal. Naikkan lah harga rokok setinggi mana sekalipun atau paparkan gambar apa sekali pun. saya rasa tidak mengentarkan perokok tegar.


Untuk berhenti merokok,memerlukan semangat jitu yang tinggi, keinsafan, pengorbanan, dan lain lain faktor lagi. faktor kasih sayang kepada yang tersayang amat di perlukan.


Mengimbas kembali zaman kanak-kanak saya sekitar umur 5 atau 6 tahun saya telah pun berjinak-jinak menghisap rokok daun kepunyaan nenek saudara saya,saya tidak ingat samada ada teguran atau larangan dari kedua orang tua saya.bukanya tujuan saya untuk menyalahkan sesiapa,tetapi pada zaman tersebut merokok bukanlah perkara asing.terutama kaum wanita.

Sekitar umur belasan tahun,saya kerap menghisap rokok,terutama apabila musim buah-buahan,terutama musim durian, perbuatan tersebut hanya suka-suka atau untuk menghalau nyamuk. Tetapi pada hari persekolahan saya seorang murid yang menghurmati disiplin sekolah.

Kalau di ikutkan pengalaman merokok saya,siapa pun tak akan percaya bahawa saya boleh berhenti merokok.malahan bapa saya seorang peniaga yang menjual rokok.saya akan mendapatkan bekalan secara percuma.

Di hitung secara rambang saya menjadi perokok selama lebih kurang 40 tahun.Alhamdulillah.sudah hampir 5 tahun saya berjaya meninggalkan tabiat tersebut dan tidak bercadang untuk kembali kepadanya.

Perspektif saya kepada perokok amat berbeza yang mana tidak pernah saya melihat perilaku perokok semasa saya merokok.tetapi sekarang ini secara tidak sedar saya melihat tingkah laku perokok secara negative. terlalu kasihan saya kepada perokok,apabila selepas makan mereka mencari tempat seperti tepi longkang untuk melepaskan ketagihan merokok.yang mana saya melihat begitulah keadaan saya semasa jadi perokok.

Adakala saya perlu menghirup udara segar untuk system pernafasan saya.kadangkala terganggu apabila terhidu bau asap rokok.teringat saya berapa ramai telah saya ganggu kerharmonian rakan saya yang memerlukan udara segar semasa saya jadi perokok. maafkan saya.

Dari laman blog rakan negara jiran.)

Perokok Berisiko Tinggi Terserang Dementia

Antara News - Orang yang merokok lebih mungkin untuk terserang penyakit Alzheimer dan bentuk lain sakit jiwa (dementia) dibanding orang yang telah berhenti atau tak pernah merokok. Perokok yang berusia di atas 55 tahun menghadapi kemungkinan 50 persen untuk terserang sakit jiwa dibandingkan dengan orang yang tak merokok, kata Dr. Monique Breteler dari Erasmus Medical Center di Rotterdam, Belanda, dan rekannya.Breteler dan rekannya, yang menulis di jurnal Neurology, mengatakan mereka menelusuri hampir 7.000 orang yang berusia 55 tahun dan lebih selama rata-rata tujuh tahun. Selama masa itu, 706 di antara orang-orang tersebut terserang sakit jiwa.
Ada satu jenis gen yang sudah diketahui yang meningkatkan risiko sakit jiwa yang disebut APOE4 atau apolipoprotein E4. Merokok tak berdampak pada resiko Alzheimer bagi orang yang memiliki gen itu. Namun orang yang tak memiliki gen tersebut menghadapi 70 persen risiko Alzheimer kalau mereka merokok.
Merokok dapat mengakibatkan stroke ringan, yang pada gilirannya merusak otak dan mengakitkan sakit jiwa, kata Breteler. “Merokok meningkatkan risiko penyakit cerebrovascular (stroke), yang juga berhubungan dengan dementia,” kata Breteler dalam suatu pernyataan yang dikutip Reuters.
“Mekanisme lain dapat melalui stres oxidative, yang dapat merusak sel di dalam pembuluh darah dan mengarah kepada pengerasan pembuluh nadi. Perokok mengalami stress oxidative yang lebih besar dibandingkan orang yang bukan perokok, dan peningkatan tekanan oxidative juga terlihat pada penyakit Alzheimer,” katanya.
Stress oxidative adalah suatu proses yang sama dengan berkarat, kondisi yang memungkinkan reaksi kimia merusak DNA.


LUNG-CANCER



LUNG-CANCER


LUNG-CANCER




GRAF 1


GRAF 2



GRAF 3


GRAF 4

Berbagai-bagai usaha telah dilakukan oleh berbagai pihak namun usaha untuk berhenti merokok tidak akan berjaya,selagi tidak ada keinsafan dalam diri sendiri.
Teringat saya satu ketika pada tahun 2005.seorang rakan yang menziarahi saya semasa hari raya.rakan tersebut ialah orang yang menjaga kedua anak saya.selepas makan dia memerhatikan saya lalu bertanya,En Nan tak merokok ker? jawab saya : "Tidak ,dah 2 tahun".rupa-rupanya dia terlupa bawa rokok,al maklum lepas makan,
" Boleh En Nan berhenti ye?Katanya lagi, " Alhamdulillah,buat masa ni boleh bertahan dan tak ingat langsung" saya menjawab.
"saya payah ler En Nan,Hari tu lepas buka puasa,saya cuba juga berhenti,berbagai cara saya lakukan.nak mengelakkan dari merokok. lepas tarawikh saya ngemas rumah ,basuh baju, sementara nak menunggu sahur saya panaskan lauk,saya beri orang runah saya rehat,satu malam tak tidor, lepas sahur saya tak sedar rokok dah ada kat tangan " katanya lagi.
Kesian juga saya pada Abang Daniel ni ada sedikit semangat untuk berhenti merokok. "macam mana En Nan boleh berhenti? tak ingat langsung ker? atau tak teragak ker? " bermacam-macam soalan di ajukan kepada saya.
"tak tau ler bang,macam mana saya boleh berhenti" secara menyeloroh saya menjawab,
Seingat saya,last saya menghisap rokok semasa bercuti dari Hospial seremban.Kembali ke Segamat dalam bulan puasa,semua rokok saya hampir sekarton saya bagi pada rakan saya Cikgu Nawar.masa tu rokok rejeck saya,bila saya hisap ,saya rasa pening dan nak muntah. dulu kalau saya beli rokok bukan sebungkus, malahan satu carton.
Ramai kawan saya bertanya kepada saya bagaimana saya boleh menghindarkan dari merokok. tiada jawapan khusus dari saya. selalu saya renungkan apakah yang sebenarnya kejayaan saya berhenti merokok.
Bagi saya merokok itu hanyalah satu pembaziran, menutup kelemahan diri.menunjukan gaya diri, kekadang jadi teman bila kesorangan.masa zaman remaja nak tunjuk ego. teringat juga kawan saya Gan Guan Chye.budak Kelantan," hei Hasnan buat apa kau merokok? membazir sahaja. Masa remaja ramai yang menegur saya ketika saya merokok.terutama staff Perempuan, Kak Normah, masa kat DCA dahula. Akhir sekali kawan saya tu Gan Guan Chye,hisap rokok sebab putus kasih, kalau dulu saya hisap rokok Marlboro dia beli rokok KENT.
Semasa saya di makmal IJN, selepas buat Angio plasty. Dr Azral yang merawat, memberitahu saya, "En Hasnan,kalau En masuk lagi kat makmal ni,En Bawa RM 100,000 untuk buat by-pass." semasa saya mendapat rawatan kat IJN dahulu pun saya belanja melebihi Rm50,000.tapi itu belum mengerunkan saya. sebabnya selepas itu saya sakan dapat duit insuran.
Hakikatnya,sebutlah apa sahaja penyakit atau apa sahaja bahana kepada perokok ini mereka tak akan gentar.mereka pasrah.
Cuma bagi yang insaf, Sayang pada anak-anak. kepada orang yang menyanyangi kita.maka insya Allah kita akan berjaya.
Seketika dahulu apabila anak perempuan saya menyuruh saya berhenti merokok.saya katakan padanya" doakan supaya ayah berhenti merokok." alham dulillah doanya dimakbulkan Allah.
Dalam hidup saya, saya selalu mendahulukan anak-anak saya.sebelum saya membeli rokok,adakah permintaan anak saya sudah saya makbulkan .Bukan itu sahaja,berapa banyak wang saya belanja kepada rokok, adakah sama banyak derma saya kepada Masjid, rumah-rumah anak yatim. semua itu terlintas di benak saya,seketika dahulu.
Saya begitu cemburu bila pengusaha rokok mampu membeli Jet Peribadi,dan memperbanyak Gereja di seluruh pelusuk benua dan membantu Yahudi membunuh orang Islam.
Dan bandingkan diri kita selaku penyokong pengusaha rokok Apa yang kita ada? Berapakah banyak derma kita ketabung Masjid? adakah permintaan anak-anak kita,kita utamakan? Lauk apa yang dimakan oleh keluarga kita.?
Itulah pengorbanan kita terhadap rokok yang kita sedut asapnya.

{بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ }

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ }(1.
In the Name of Allāh, the Most Gracious, the Most Merciful.)


Selamat menyambut Ramadhan kepada semua kaum muslimin. sekiranya ada kata-kata yang menyinggung perasaan,saya memohon ampun dan maaf. sesungguhnya yang buruk dari saya dan baik dari Allah Swt.





Jawapan Seorang Sufi*~*~*~*~*~*~*~*~*~*



Seorang lelaki bertemu seorang ahli sufi dan mengemukakan beberapa soalan.


Soalan pertama : "Saudara kata Tuhan wujud, tetapi saya tidak pernah melihatnya. Cuba tunjukkan saya di mana Tuhan berada."



Kedua, "Mengapa manusia mesti dihukum apabila melakukan kesalahan sedangkan semua itu adalah kehendak Tuhan? Manusia tidak punya kehendak bebas, tidak dapat melakukan sesuatu bertentangan dengan kehandak Tuhan."



Ketiga, "Mengapa Tuhan menghukum syaitan dengan membakarnya dalam neraka? Bukankah syaitan itu berasal daripada api, jadi tentulah api tidak dapat memudaratkan dirinya?"



Ahli sufi itu tidak memberikan sebarang jawapan sebaliknya mengambil seketul tanah keras dan membaling kepala lelaki yang bertanya itu. Disebabkan tidak puas hati dengan tindakan ahli sufi itu, lelaki yang bertanya tadi pergi mengadu kepada seorang hakim.



"Saya mengemukakan tiga soalan kepadanya tetapi dia membaling kepala saya dengan seketul tanah keras lalu menyebabkan kepala saya bengkak dan sakit." katanya.


Hakim memerintahkan supaya ahli sufi berkenaan dipanggil dan apabila ahli sufi itu tiba hakim bertanya, "Lelaki ini mengemukakan beberapa soalan dan kamu menjawabnya dengan membaling kepalanya dengan tanah, mengapa?" Jawab ahli sufi itu, "Ketulan tanah keras itulah jawapan kepada soalannya tadi :


Pertama, dia kata kepalanya sakit, sila tunjukkan di mana letaknya sakit itu, barulah nanti saya tunjukkan di mana Tuhan berada.


Kedua, mengapa dia mengadu pada tuan mengenai saya sedangkan apa yang saya lakukan semuanya adalah atas kehendak Tuhan.


Dan ketiga, yang saya gunakan untuk membalingnya adalah tanah, mengapa pula dia kata dia tercedera disebabkan itu? Bukankah manusia diperbuat daripada tanah?"

Friday, August 14, 2009

DARI LUBUK MEREKEK KE HOSPITAL PUTRA,MELAKA

Tanggal 31hb. Julai 2009 ,Saya ke pejabat Taman Negara Endau Rompin,Selai Bekok. Melihat aktiviti yang tertera di white board agak padat juga program pada 2 minggu mendatang.

Saya mencapai telepon terus memberitahu XYL ,bahawa program saya agak ketat dan tidak dapat pulang dalam masa terdekat,sekurang-kurangnya 10 hari, sambil mata saya terus memandang ke white board satu persatu aktiviti yang bakal berlangsung saya baca.

Bermula pada 31hb Julai 2009 dengan Kehadiran Kaki tangan CIDB Putrajaya hingga 2hb Ogos 2009.-Lubuk Tapah

Program yang tertera di white board:-

31hb - 2hb Ogos 2009. CIDB's Putrajaya. -Lubuk Tapah.
31hb - 2hb Ogos 2009. UKM'sBangi -Lubuk Merekek.
1hb - 5hb Ogos 2009 . MMU's Melaka - Lubuk Merekek.
2hb - 4hb Ogos 2009 . MMU's Cyberjaya - Lubuk Merekek.
7hb - 9hb Ogos 2009. UTM's Skudai - Lubuk Merekek.
8hb - 10hbOgos 2009. Singapore Veteran - Lubuk Tapah.
10hb - 12hb ogos 2009. Serawak's Team - Lubuk Merekek.

Ketika menunggu pendaftaran peserta dari CIDB's Hand Phone saya berbunyi,dari xyl saya rupanya,dia memberitahu pihak MRSM menyuruh kami mengambil harmonic pada hari ini juga kerana Maktab tersebut di arah tutup seminggu di sebabkan penularan H1N1.setelah berbincang dengan xyl dia bersetuju untuk mengambil harmonic di MRSM Pontian,Johor.

Setelah selesai Pendaftaran di Pej Taman Negara, kami terus menghantar peserta ke lubuk Tapah, Seramai 40 peserta yang akan menginap di chalet lubuk tapah. Program tersebut tidak banyak melibatkan kami,hanya pengangkutan , catering dan guiding sahaja.

Saya seperti biasa saya menginap di Lubuk Merekek, di Lubuk merekek kami bertemu dengan peserta dari UKM yang mengkaji Riang-riang. tak ramai yang hadir cuma 4 peserta di bawah kelolaan En Badrul.Kami sempat berkenalan dan bertukar-tukar pendapat mengenai riang-riang..

EN.SHAFRIM Dari UKM Bangi
EN JAMAL Dari UKM Bangi. waktu lapang memancing.
EN.SULAIMAN Dari UKM Bangi.Pertama kali memancing katanya dah dapat 2 ekor.
Pada 2hb Ogos kami ke pejabat Taman Negara Bekok, untuk menghantar pulang peserta CIDB's Putrajaya dan mengambil Kumpulan dari MMU's Cyberjaya,seramai 40 peserta yang hadir, sampai sahaja di pekan Bekok saya melihat sudah sampai Sebuah Bus bertulis Universiti multimedia. awal sangat bus ini kalau ikut program dia sampai pukul 11 pagi. ini se awal jam 7.30 pagi dah sampai.agak-agak pukul berapa diorang dari Cyberjaya ,Dengkil.?
Sama juga setelah selesai berurusan dengan Pejabat Taman Negara,Kami membawa masuk terus ke Lubuk Merekek.
Tidak banyak aktiviti yang bakal di jalankan.penglibatan kami cuma ,Pengangkutun, sewa kemah, dan guiding.rupa-rupanya mereka hanya bercuti.sahaja. jadi banyaklah aktiviti-aktiviti sebebas-bebasnya yang dilakukan oleh pelajar MMU ini. termasuk aktiviti menjolok mata.
Nasihat saya pada segelintir pelajar MMU terutama yang perempuan tu. Jaga nilai -nilai murni orang Melayu terutama berugama Islam. Kalau Orang Asli seperti pak Ah hong pun pandai komen apatah lagi kami orang Islam.
Kata Pak Ah Hong, kalau dia nak pilih menantu,dia nak tanya dari universiti mana? kalau dari MMU, dia Rejek.......
Pada malam tu, guide kami membawa pelajar MMU mencari ikan menggunakan serampang, agak lumayan hasilnya. ikan Sebarau melebihi 2 kilo di beri pada pelajar MMU dan se ekor udang galah gergasi di tinggalkan oleh Affat di Coleman saya.
Udang galah ni saya simpan untuk harmonic saya yang akan bersama saya pada 4 hb Ogos 2009'
Sepekara lagi pelajar MMU ni tak kira lelaki dan perempuan kuat merokok. Pengalaman kami menerima pelajar IPT tak pernah melihat begitu ramai peminat rokok. saya pun bekas perokok juga. teringat saya semasa menjadi perokok,mungkin saya telah menyusahkan ramai orang yang memerlukan udara bersih seperti Lubuk merekek.
2 orang guide orang asli besedia untuk mamberi khidmat.
PekerjaTaman Negara namanya :'Tali' bukanya dia pegang tali,namanya TALI.

Pada 4hb Ogos 2009 Kumpulan dari MMU cyberjaya meninggalkan Lubuk Merekek lebih kurang jam 3.00ptg. kalau diikutkan program mereka keluar pada 5hb Ogos 2009.rupa-rupa sedikit kesilapan berlaku.Sebenarnya mereka keluar pada 4hb Ogos 2009
Orang asli Selai,Yang bertopi merah tu Namanya JAWA bukan orang Jawa. depanya AWANG guide kami.

Anak Awang suka melukis dan menulis atas tanah. mungkin bumi Merekek yang menjadi tumpuan para cedikiawan membawa berkah pada si kecil ini.

4hb Ogos 2009 jam 400ptg.
Setelah selesai menghantar kesemua pelajar MMU saya masih lagi berada di Pejabat Taman Negara Bekok, untuk menunggu ketibaan xyl dan harmonic saya.
lebih kurang jam 6.00ptg xyl menghantar sms memberi tahu sudah meninggalkan QTH.
Jadi saya mencongak bahawa xyl saya akan sampai lebih kurang jam 650ptg. waktu yang biasa saya pandu dari QTH ke Bekok.
Jam 6.35ptg Harmonic menelepon bertanya saya berada di mana kerana dia sudah sampai di pejabat Hutan Bekok.sebenarnya saya sudah berunding dengan kakak Idah untuk menumpang kereta xyl saya untuk beberapa hari. agak terkejut juga saya kerana xyl saya pandu begitu cepat sekali. akhirnya saya bertemu xyl dan harmonic di rumah kak Idah dan terus ke Lubuk Merekek.

Pada 7hb Ogos 2009 jam 10.00 pagi , saya ke Pejabat Taman Negara Bekok untuk menyambut Kedatangan Pelawat dari UTM's Skudai saya tak pasti pelajar atau penjawat dari Fakulti Pengurusan yang di Ketuai oleh Prof Dr Hamdan.berdasarkan dari pengamatan saya mereka semuanya penjawat dari fakulti Pengurusan. ramai agak Veteran juga.
Kak Teh dan kak Idah sedang siap sedia jamuan tengah hari untuk tetamu dari Skudai.

Sampai di Lubuk Merekak, Nasib mereka kurang baik hari hujan,semua kemah basah diluar dan dalam, Nasib baik menu kak Teh dapat menenangkan keadaan.lihat dari raut wajah mereka tak puas hati sebab banyak kemah digenang air. kesian tapi apa nak buat. itu lah budak-budak ni kekadang tak ambil berat. susah nak mengajar budak-budak ni.sepatutnya kalau hari hujan tengoklah mana-mana kemah yang tak tutup pintu atau tempat bertakung air.ambil tindakan. ini tidak di biarkan sahaja. itu lah dia bila dalam diri kita bersikap tak ambil peduli.
Pada hari pertama agak padat juga program dari Prof Dr Hamdan. ini yang saya suka dengan UTM.program nya padat.saya mencuri dengar dari jauh apa sahaja program mereka untuk dijadikan ilmu. mudahan-mudahan ilmu yang saya curi tu dihalal kan.
Saya tak berniat untuk menulis selengkapnya program UTM kali ini. lebih kurang sama dengan progamn terdahulu.ada sedikit perbedaan dari segi motivsi dan team building. biarlah dia untuk kami yang menghayatinya sahaja.
Pagi 8hb Ogos 2009 Jam 900 pagi saya meninggalkan Lubuk Merekek untuk ke Pejabat Taman Negara di Bekok, sementara peserta dari UTM ke Takah Tinggi. teringat saya apa terjadi pada peserta dari CIDB yang patah tangan sekembali dari Takah Tinggi.
Harmonic saya yang di kurantin di lubuk Merekek.

8hb Ogos 2009- sesampai di pejabat Taman Negara bekok, Peserta dari Singapura belum sampai. kami hanya meneliti progarm selanjutnya. ada satu kumpulan dari Serawak akan Hadir,tapi belum disahkah kehadirannya. Lebih kurang Jam 11.00 pagi sebuah bus dari Singapura sampai membawa 40 punumpang, sementara mereka memunggah beg ke kenderaan pacuan 4 roda. salah seorang dari krew kami mengaggihkan mask. Tercengang -cengang pelawat dari kota Singa melihat ramai diantara kami mengenakan mask. untuk tidak menyinggung hati pelawat dari Singapura saya tidak mengunakan mask tersebut. saya ambil risiko.H1NI. dihati saya gerun juga. salah seorang dari mereka bertanya' why they put on the mask"? selamba saya jawab." the road that we are going thru is very dusty" .why you dont wear the mask? dia tanya lagi. selamba saya jawab."my jeep is air- conditioned". sepanjang perjalanan berbagai soalan yang di ajukan. nampak sangat orang ni tak kenal malaysia yang sebenar. cara soalan yang di ajukan mungkin mereka pernah datang ke malaysia pada tahun 60an.sesekali saya bangga jadi warga malaysia.akhir sekali kesemua pelawat di hantar ke Lubuk Tapah.

Ahad 9hb Ogos 2009 sedang saya bersiap sedia untuk menghantar keluar xyl dan harmonic saya ke Bekok,saya mendapat tahu salah seorang peserta dari Singapura mengalami sakit apendiks. sebenarnya pada pagi ahad Xyl akan menghantar harmonic ke MRSM Pontian sebab tempoh kurantin dah tamat. jadi saya pun membawa keluar pesakit tersebut bersama xyl dan harmonic saya.
Dalam perjalan ke Bekok pesakit tersebut melolong kesakitan, umur nya dah hampir 50 tahun tapi macam budak kecik. terganggu pemanduan saya akibat dari rengekan dan laungan pesakit tersebut.
Tiba-tiba Jeep saya mengalami kerosakan.saya tak pasti apa kerosakan.hilang Power dan temperature naik. saya memberhentikan kenderaan.dan melihat engin.semuanya okey. radiator cap sejuk. air ada .apa masaalah Jeep ni?. Saya start engin hidup seperti biasa, tapi tak ada power, dan ada bunyi crackling. risau saya di buatnya.
Setelah 5 atau 6 kali berhenti saya mengambil keputusan untuk meminta bantuan dari pejabat Bekok. itu lah untungnya ada Radio.boleh berhubung dengan dunia luar. dalam masa yang sama saya cuba juga mengerakkan Jeep saya, sesampai di Kampung Kudung Bantuan dari Pejabat Taman Negara sampai dan saya memindahklan pesakit tersebut bersama xyl dan harmonic saya.
Saya bersama En Saleh mengekori dari belakang dan En Hairil Pegawai taman negara terus ke Pusat Kesihatan Kecil Bekok.
Dalam keadaan Jeep saya yang enjin nya tak menentu.akhirnya saya sampai di pejabat Taman Negara dan En Salleh terus memberi bantuan dengan mengunakan kereta Proton Pesonanya kami terus ke Pusat Kesihatan kecil bekok.di sana saya mengambil xyl dan harmonic lalu terus ke rumah kak Idah,di Pej Perhutanan Bekok. Sementera En Hairill di tugaskan memantau perkembangan Pesakit Singapura.
Kak Idah keluar lebih awal dari lubuk Merekek kerana suaminya diserang sakit Jantung. sesampai di rumah Kak Idah,Kami memuggah semua barang milik xyl dan harmonic ke kereta.Malangnya kereta xyl saya kehabisan beteri setelah tidak dihidupkan selama 5 hari.Saya bersama En Salleh bergegas ke kenderaan En Hairill kerena kami tahu dia ada Jump start.
dan setelah mendapatkan jump start dari En Hairll kami segera ke Rumah kak Idah dan Berjaya hidupkan enjin kereta xyl saya.
Setelah xyl dan harmonic bersalaman dengan Kak Idah mereka berlalu pergi menuju ke MRSM Pontian.kami mengekori dari Belakang satu akan belok ke Kiri dan saya dan En Saleh akan Belok ke Kanan.Tiba-tiba saya ternampak satu beg seakan-akan beg harmonic saya," En salleh! Beg anak saya tertinggal lahh." " okey kita kejar dia.." En Salleh mula mengejar kereta xyl saya. " En Salleh, kasut pun ada." .... maka berlakulah acara kejar mengejar pada pagi itu. xyl saya memang seorang pemandu yang laju.saya tengok meter kereta En Salleh 130km/h. saya suruh En Salleh angkat high light untuk memberhentikan kereta xyl saya. agak hampir lima minit mengejar,maka xyl saya memberhentikan keretanya.
Apabila saya hendak membawa turun kasut tersebut, En Salleh menjerit " ITU KASUT SAYA"
dan apabila saya hendak mebawa turun Beg tersebut,En Salleh pun menjerit " ITU BEG SAYA"
Kah..Kah..Kah...Kami tergelak......
Lalu saya turun dari kenderaan En Salleh dan menghampiri kereta xyl saya dengan selamba.tengok harmonic dan berpesan dengan xyl pandu dengan cermat.,mungkin xyl saya hairan kenapa mengejar macam perompak dengan hanya berpesan' pandu dengan cermat.'

Xyl dan harmonic saya suka berendam.

Hampir 6.30ptg Jeep saya siap di baiki oleh Ijam salah seorang makenik dalam kumpulan kami. hampir 8.00mlm saya masuk semula ke Lubuk Merekek.Kesemua peserta dari UTM telah meninggalkan Lubuk Merekek, Saya tak berkesempatan bertemu dangan peserta dari UTM kerena pada hari ini banyak hal yang saya lalui.

10hb Ogos 2009. di Lubuk Merekek hanya saya dan Kumpulan Dari Serawak dan di LubukTapah Kumpulan dari Singapura yang akan Balik hari ini. Awal pagi saya membuka kemah,dan mengemas semua peralatan. yang tinggal hanya barang-barang KakTeh yang belum sempat di bawa keluar.

Jam 11.00 pagi ,saya ke Lubuk Tapah dan mengambil kesemua pelawat dan membawa ke Pejabat Taman Negara Bekok.dan saya sendiri pulang ke Base.

11hb Ogos 2009 di Base, Xyl mengadu telinga dia rasa sakit dan saya terus menbawa dia ke klinik,lalu pihak Klinik memberi referral leter ke Hospital Pakar PUTRA.

Tanpa menyemak surat tersebut, kami terus menuju keBatu Pahat. kerana kebiasaan kami di Hospital Pakar Putra Batu Pahat. Dalam Perjalanan saya minta Xyl membaca surat tersebut,dan xyl menyebut Dato Dr Gunasan Pakar ENT. Saya terus hentikan kereta.lalu berkata Hospital Pakar Putra Batu Pahat mana ada Dato Dr Gunasan. apabila di amati rupa-rupanya kami di rujuk ke Hospital Pakar Putra Melaka.

Tanpa banyak persoalan, sebab saya telah letih terus buat pusingan ke Melaka. dalam Perjalanan kami QSO di Jaluran Pendek dan berjumpa SWAL Sufian di Tangkak dan terus ke Jalan Bendahara Melaka.

Jam 3.30 ptg baru kami dapat berjumpa Dr Pakar di Hospital Putra.Dato Dr Gunasan tak ada, di ganti dengan Dr Rajeswaran. Agak ramah juga Dr Rajeswaran. dia menunjukkan satu persatu Fungii yang dah tumbuh dalam telinga xyl saya.di sedut dan di kutil masih ada yang melekat dan akhirnya xyl saya di masukkan ke wad.