SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2HSM (Nine Whiskey Two Hotel Sierra Mike)!

Just for City Zack

Thursday, August 20, 2009

QUIT SMOKING- Sempena Ramadhan ,Khas buat rakan yang berhajat berhenti merokok.

THE OPENING:-

بسم الله الرحمن الرحيم


الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ 1.


In the name of God, Most Gracious, Most Merciful.

2. Praise be to God, the Cherisher and Sustainer of the Worlds;

3. Most Gracious, Most Merciful;

4. Master of the Day of Judgment.

5. Thee do we worship, and Thine aid we seek.

7. Show us the straight way,

8. The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whose (portion) is not wrath, and who go not astray.

Amin...................


Kawan ku,


Sempena ramadhan ini genap lah 5 tahun saya berhenti merokok, kalau di ikut takwin barat semasa saya dimasukkan ke hospital pakar Seremban pada 10hb Okt.2004 jatuh pada awal bulan ramadhan.


Pada tarikh keramat tersebut telah banyak mengubah cara hidup saya seharian. salah satunya ialah saya dah tak merokok lagi.


Teringin saya berkongsi pengalaman saya kepada sesiapa sahaja yang ingin berhenti merokok,bermacam-macam tips dan pertua tetapi tidak berjaya. saya juga tidak menjanjikan kejayaan kepada rakan-rakan,tetapi hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang membawa saya meninggalkan tabiat merokok dan mengubah perspektif saya terhadap perokok.


Walaupun pihak kerajaan berusaha berbagai-bagai cara untuk menakut-nakut perokok tetapi segala usaha tersebut bagi saya gagal. Naikkan lah harga rokok setinggi mana sekalipun atau paparkan gambar apa sekali pun. saya rasa tidak mengentarkan perokok tegar.


Untuk berhenti merokok,memerlukan semangat jitu yang tinggi, keinsafan, pengorbanan, dan lain lain faktor lagi. faktor kasih sayang kepada yang tersayang amat di perlukan.


Mengimbas kembali zaman kanak-kanak saya sekitar umur 5 atau 6 tahun saya telah pun berjinak-jinak menghisap rokok daun kepunyaan nenek saudara saya,saya tidak ingat samada ada teguran atau larangan dari kedua orang tua saya.bukanya tujuan saya untuk menyalahkan sesiapa,tetapi pada zaman tersebut merokok bukanlah perkara asing.terutama kaum wanita.

Sekitar umur belasan tahun,saya kerap menghisap rokok,terutama apabila musim buah-buahan,terutama musim durian, perbuatan tersebut hanya suka-suka atau untuk menghalau nyamuk. Tetapi pada hari persekolahan saya seorang murid yang menghurmati disiplin sekolah.

Kalau di ikutkan pengalaman merokok saya,siapa pun tak akan percaya bahawa saya boleh berhenti merokok.malahan bapa saya seorang peniaga yang menjual rokok.saya akan mendapatkan bekalan secara percuma.

Di hitung secara rambang saya menjadi perokok selama lebih kurang 40 tahun.Alhamdulillah.sudah hampir 5 tahun saya berjaya meninggalkan tabiat tersebut dan tidak bercadang untuk kembali kepadanya.

Perspektif saya kepada perokok amat berbeza yang mana tidak pernah saya melihat perilaku perokok semasa saya merokok.tetapi sekarang ini secara tidak sedar saya melihat tingkah laku perokok secara negative. terlalu kasihan saya kepada perokok,apabila selepas makan mereka mencari tempat seperti tepi longkang untuk melepaskan ketagihan merokok.yang mana saya melihat begitulah keadaan saya semasa jadi perokok.

Adakala saya perlu menghirup udara segar untuk system pernafasan saya.kadangkala terganggu apabila terhidu bau asap rokok.teringat saya berapa ramai telah saya ganggu kerharmonian rakan saya yang memerlukan udara segar semasa saya jadi perokok. maafkan saya.

Dari laman blog rakan negara jiran.)

Perokok Berisiko Tinggi Terserang Dementia

Antara News - Orang yang merokok lebih mungkin untuk terserang penyakit Alzheimer dan bentuk lain sakit jiwa (dementia) dibanding orang yang telah berhenti atau tak pernah merokok. Perokok yang berusia di atas 55 tahun menghadapi kemungkinan 50 persen untuk terserang sakit jiwa dibandingkan dengan orang yang tak merokok, kata Dr. Monique Breteler dari Erasmus Medical Center di Rotterdam, Belanda, dan rekannya.Breteler dan rekannya, yang menulis di jurnal Neurology, mengatakan mereka menelusuri hampir 7.000 orang yang berusia 55 tahun dan lebih selama rata-rata tujuh tahun. Selama masa itu, 706 di antara orang-orang tersebut terserang sakit jiwa.
Ada satu jenis gen yang sudah diketahui yang meningkatkan risiko sakit jiwa yang disebut APOE4 atau apolipoprotein E4. Merokok tak berdampak pada resiko Alzheimer bagi orang yang memiliki gen itu. Namun orang yang tak memiliki gen tersebut menghadapi 70 persen risiko Alzheimer kalau mereka merokok.
Merokok dapat mengakibatkan stroke ringan, yang pada gilirannya merusak otak dan mengakitkan sakit jiwa, kata Breteler. “Merokok meningkatkan risiko penyakit cerebrovascular (stroke), yang juga berhubungan dengan dementia,” kata Breteler dalam suatu pernyataan yang dikutip Reuters.
“Mekanisme lain dapat melalui stres oxidative, yang dapat merusak sel di dalam pembuluh darah dan mengarah kepada pengerasan pembuluh nadi. Perokok mengalami stress oxidative yang lebih besar dibandingkan orang yang bukan perokok, dan peningkatan tekanan oxidative juga terlihat pada penyakit Alzheimer,” katanya.
Stress oxidative adalah suatu proses yang sama dengan berkarat, kondisi yang memungkinkan reaksi kimia merusak DNA.


LUNG-CANCER



LUNG-CANCER


LUNG-CANCER




GRAF 1


GRAF 2



GRAF 3


GRAF 4

Berbagai-bagai usaha telah dilakukan oleh berbagai pihak namun usaha untuk berhenti merokok tidak akan berjaya,selagi tidak ada keinsafan dalam diri sendiri.
Teringat saya satu ketika pada tahun 2005.seorang rakan yang menziarahi saya semasa hari raya.rakan tersebut ialah orang yang menjaga kedua anak saya.selepas makan dia memerhatikan saya lalu bertanya,En Nan tak merokok ker? jawab saya : "Tidak ,dah 2 tahun".rupa-rupanya dia terlupa bawa rokok,al maklum lepas makan,
" Boleh En Nan berhenti ye?Katanya lagi, " Alhamdulillah,buat masa ni boleh bertahan dan tak ingat langsung" saya menjawab.
"saya payah ler En Nan,Hari tu lepas buka puasa,saya cuba juga berhenti,berbagai cara saya lakukan.nak mengelakkan dari merokok. lepas tarawikh saya ngemas rumah ,basuh baju, sementara nak menunggu sahur saya panaskan lauk,saya beri orang runah saya rehat,satu malam tak tidor, lepas sahur saya tak sedar rokok dah ada kat tangan " katanya lagi.
Kesian juga saya pada Abang Daniel ni ada sedikit semangat untuk berhenti merokok. "macam mana En Nan boleh berhenti? tak ingat langsung ker? atau tak teragak ker? " bermacam-macam soalan di ajukan kepada saya.
"tak tau ler bang,macam mana saya boleh berhenti" secara menyeloroh saya menjawab,
Seingat saya,last saya menghisap rokok semasa bercuti dari Hospial seremban.Kembali ke Segamat dalam bulan puasa,semua rokok saya hampir sekarton saya bagi pada rakan saya Cikgu Nawar.masa tu rokok rejeck saya,bila saya hisap ,saya rasa pening dan nak muntah. dulu kalau saya beli rokok bukan sebungkus, malahan satu carton.
Ramai kawan saya bertanya kepada saya bagaimana saya boleh menghindarkan dari merokok. tiada jawapan khusus dari saya. selalu saya renungkan apakah yang sebenarnya kejayaan saya berhenti merokok.
Bagi saya merokok itu hanyalah satu pembaziran, menutup kelemahan diri.menunjukan gaya diri, kekadang jadi teman bila kesorangan.masa zaman remaja nak tunjuk ego. teringat juga kawan saya Gan Guan Chye.budak Kelantan," hei Hasnan buat apa kau merokok? membazir sahaja. Masa remaja ramai yang menegur saya ketika saya merokok.terutama staff Perempuan, Kak Normah, masa kat DCA dahula. Akhir sekali kawan saya tu Gan Guan Chye,hisap rokok sebab putus kasih, kalau dulu saya hisap rokok Marlboro dia beli rokok KENT.
Semasa saya di makmal IJN, selepas buat Angio plasty. Dr Azral yang merawat, memberitahu saya, "En Hasnan,kalau En masuk lagi kat makmal ni,En Bawa RM 100,000 untuk buat by-pass." semasa saya mendapat rawatan kat IJN dahulu pun saya belanja melebihi Rm50,000.tapi itu belum mengerunkan saya. sebabnya selepas itu saya sakan dapat duit insuran.
Hakikatnya,sebutlah apa sahaja penyakit atau apa sahaja bahana kepada perokok ini mereka tak akan gentar.mereka pasrah.
Cuma bagi yang insaf, Sayang pada anak-anak. kepada orang yang menyanyangi kita.maka insya Allah kita akan berjaya.
Seketika dahulu apabila anak perempuan saya menyuruh saya berhenti merokok.saya katakan padanya" doakan supaya ayah berhenti merokok." alham dulillah doanya dimakbulkan Allah.
Dalam hidup saya, saya selalu mendahulukan anak-anak saya.sebelum saya membeli rokok,adakah permintaan anak saya sudah saya makbulkan .Bukan itu sahaja,berapa banyak wang saya belanja kepada rokok, adakah sama banyak derma saya kepada Masjid, rumah-rumah anak yatim. semua itu terlintas di benak saya,seketika dahulu.
Saya begitu cemburu bila pengusaha rokok mampu membeli Jet Peribadi,dan memperbanyak Gereja di seluruh pelusuk benua dan membantu Yahudi membunuh orang Islam.
Dan bandingkan diri kita selaku penyokong pengusaha rokok Apa yang kita ada? Berapakah banyak derma kita ketabung Masjid? adakah permintaan anak-anak kita,kita utamakan? Lauk apa yang dimakan oleh keluarga kita.?
Itulah pengorbanan kita terhadap rokok yang kita sedut asapnya.

No comments:

Post a Comment