SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2HSM (Nine Whiskey Two Hotel Sierra Mike)!

Just for City Zack

Thursday, August 20, 2009

{بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ }

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيمِ }(1.
In the Name of Allāh, the Most Gracious, the Most Merciful.)


Selamat menyambut Ramadhan kepada semua kaum muslimin. sekiranya ada kata-kata yang menyinggung perasaan,saya memohon ampun dan maaf. sesungguhnya yang buruk dari saya dan baik dari Allah Swt.





Jawapan Seorang Sufi*~*~*~*~*~*~*~*~*~*



Seorang lelaki bertemu seorang ahli sufi dan mengemukakan beberapa soalan.


Soalan pertama : "Saudara kata Tuhan wujud, tetapi saya tidak pernah melihatnya. Cuba tunjukkan saya di mana Tuhan berada."



Kedua, "Mengapa manusia mesti dihukum apabila melakukan kesalahan sedangkan semua itu adalah kehendak Tuhan? Manusia tidak punya kehendak bebas, tidak dapat melakukan sesuatu bertentangan dengan kehandak Tuhan."



Ketiga, "Mengapa Tuhan menghukum syaitan dengan membakarnya dalam neraka? Bukankah syaitan itu berasal daripada api, jadi tentulah api tidak dapat memudaratkan dirinya?"



Ahli sufi itu tidak memberikan sebarang jawapan sebaliknya mengambil seketul tanah keras dan membaling kepala lelaki yang bertanya itu. Disebabkan tidak puas hati dengan tindakan ahli sufi itu, lelaki yang bertanya tadi pergi mengadu kepada seorang hakim.



"Saya mengemukakan tiga soalan kepadanya tetapi dia membaling kepala saya dengan seketul tanah keras lalu menyebabkan kepala saya bengkak dan sakit." katanya.


Hakim memerintahkan supaya ahli sufi berkenaan dipanggil dan apabila ahli sufi itu tiba hakim bertanya, "Lelaki ini mengemukakan beberapa soalan dan kamu menjawabnya dengan membaling kepalanya dengan tanah, mengapa?" Jawab ahli sufi itu, "Ketulan tanah keras itulah jawapan kepada soalannya tadi :


Pertama, dia kata kepalanya sakit, sila tunjukkan di mana letaknya sakit itu, barulah nanti saya tunjukkan di mana Tuhan berada.


Kedua, mengapa dia mengadu pada tuan mengenai saya sedangkan apa yang saya lakukan semuanya adalah atas kehendak Tuhan.


Dan ketiga, yang saya gunakan untuk membalingnya adalah tanah, mengapa pula dia kata dia tercedera disebabkan itu? Bukankah manusia diperbuat daripada tanah?"

No comments:

Post a Comment