SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2HSM (Nine Whiskey Two Hotel Sierra Mike)!

Just for City Zack

Friday, August 14, 2009

DARI LUBUK MEREKEK KE HOSPITAL PUTRA,MELAKA

Tanggal 31hb. Julai 2009 ,Saya ke pejabat Taman Negara Endau Rompin,Selai Bekok. Melihat aktiviti yang tertera di white board agak padat juga program pada 2 minggu mendatang.

Saya mencapai telepon terus memberitahu XYL ,bahawa program saya agak ketat dan tidak dapat pulang dalam masa terdekat,sekurang-kurangnya 10 hari, sambil mata saya terus memandang ke white board satu persatu aktiviti yang bakal berlangsung saya baca.

Bermula pada 31hb Julai 2009 dengan Kehadiran Kaki tangan CIDB Putrajaya hingga 2hb Ogos 2009.-Lubuk Tapah

Program yang tertera di white board:-

31hb - 2hb Ogos 2009. CIDB's Putrajaya. -Lubuk Tapah.
31hb - 2hb Ogos 2009. UKM'sBangi -Lubuk Merekek.
1hb - 5hb Ogos 2009 . MMU's Melaka - Lubuk Merekek.
2hb - 4hb Ogos 2009 . MMU's Cyberjaya - Lubuk Merekek.
7hb - 9hb Ogos 2009. UTM's Skudai - Lubuk Merekek.
8hb - 10hbOgos 2009. Singapore Veteran - Lubuk Tapah.
10hb - 12hb ogos 2009. Serawak's Team - Lubuk Merekek.

Ketika menunggu pendaftaran peserta dari CIDB's Hand Phone saya berbunyi,dari xyl saya rupanya,dia memberitahu pihak MRSM menyuruh kami mengambil harmonic pada hari ini juga kerana Maktab tersebut di arah tutup seminggu di sebabkan penularan H1N1.setelah berbincang dengan xyl dia bersetuju untuk mengambil harmonic di MRSM Pontian,Johor.

Setelah selesai Pendaftaran di Pej Taman Negara, kami terus menghantar peserta ke lubuk Tapah, Seramai 40 peserta yang akan menginap di chalet lubuk tapah. Program tersebut tidak banyak melibatkan kami,hanya pengangkutan , catering dan guiding sahaja.

Saya seperti biasa saya menginap di Lubuk Merekek, di Lubuk merekek kami bertemu dengan peserta dari UKM yang mengkaji Riang-riang. tak ramai yang hadir cuma 4 peserta di bawah kelolaan En Badrul.Kami sempat berkenalan dan bertukar-tukar pendapat mengenai riang-riang..

EN.SHAFRIM Dari UKM Bangi
EN JAMAL Dari UKM Bangi. waktu lapang memancing.
EN.SULAIMAN Dari UKM Bangi.Pertama kali memancing katanya dah dapat 2 ekor.
Pada 2hb Ogos kami ke pejabat Taman Negara Bekok, untuk menghantar pulang peserta CIDB's Putrajaya dan mengambil Kumpulan dari MMU's Cyberjaya,seramai 40 peserta yang hadir, sampai sahaja di pekan Bekok saya melihat sudah sampai Sebuah Bus bertulis Universiti multimedia. awal sangat bus ini kalau ikut program dia sampai pukul 11 pagi. ini se awal jam 7.30 pagi dah sampai.agak-agak pukul berapa diorang dari Cyberjaya ,Dengkil.?
Sama juga setelah selesai berurusan dengan Pejabat Taman Negara,Kami membawa masuk terus ke Lubuk Merekek.
Tidak banyak aktiviti yang bakal di jalankan.penglibatan kami cuma ,Pengangkutun, sewa kemah, dan guiding.rupa-rupanya mereka hanya bercuti.sahaja. jadi banyaklah aktiviti-aktiviti sebebas-bebasnya yang dilakukan oleh pelajar MMU ini. termasuk aktiviti menjolok mata.
Nasihat saya pada segelintir pelajar MMU terutama yang perempuan tu. Jaga nilai -nilai murni orang Melayu terutama berugama Islam. Kalau Orang Asli seperti pak Ah hong pun pandai komen apatah lagi kami orang Islam.
Kata Pak Ah Hong, kalau dia nak pilih menantu,dia nak tanya dari universiti mana? kalau dari MMU, dia Rejek.......
Pada malam tu, guide kami membawa pelajar MMU mencari ikan menggunakan serampang, agak lumayan hasilnya. ikan Sebarau melebihi 2 kilo di beri pada pelajar MMU dan se ekor udang galah gergasi di tinggalkan oleh Affat di Coleman saya.
Udang galah ni saya simpan untuk harmonic saya yang akan bersama saya pada 4 hb Ogos 2009'
Sepekara lagi pelajar MMU ni tak kira lelaki dan perempuan kuat merokok. Pengalaman kami menerima pelajar IPT tak pernah melihat begitu ramai peminat rokok. saya pun bekas perokok juga. teringat saya semasa menjadi perokok,mungkin saya telah menyusahkan ramai orang yang memerlukan udara bersih seperti Lubuk merekek.
2 orang guide orang asli besedia untuk mamberi khidmat.
PekerjaTaman Negara namanya :'Tali' bukanya dia pegang tali,namanya TALI.

Pada 4hb Ogos 2009 Kumpulan dari MMU cyberjaya meninggalkan Lubuk Merekek lebih kurang jam 3.00ptg. kalau diikutkan program mereka keluar pada 5hb Ogos 2009.rupa-rupa sedikit kesilapan berlaku.Sebenarnya mereka keluar pada 4hb Ogos 2009
Orang asli Selai,Yang bertopi merah tu Namanya JAWA bukan orang Jawa. depanya AWANG guide kami.

Anak Awang suka melukis dan menulis atas tanah. mungkin bumi Merekek yang menjadi tumpuan para cedikiawan membawa berkah pada si kecil ini.

4hb Ogos 2009 jam 400ptg.
Setelah selesai menghantar kesemua pelajar MMU saya masih lagi berada di Pejabat Taman Negara Bekok, untuk menunggu ketibaan xyl dan harmonic saya.
lebih kurang jam 6.00ptg xyl menghantar sms memberi tahu sudah meninggalkan QTH.
Jadi saya mencongak bahawa xyl saya akan sampai lebih kurang jam 650ptg. waktu yang biasa saya pandu dari QTH ke Bekok.
Jam 6.35ptg Harmonic menelepon bertanya saya berada di mana kerana dia sudah sampai di pejabat Hutan Bekok.sebenarnya saya sudah berunding dengan kakak Idah untuk menumpang kereta xyl saya untuk beberapa hari. agak terkejut juga saya kerana xyl saya pandu begitu cepat sekali. akhirnya saya bertemu xyl dan harmonic di rumah kak Idah dan terus ke Lubuk Merekek.

Pada 7hb Ogos 2009 jam 10.00 pagi , saya ke Pejabat Taman Negara Bekok untuk menyambut Kedatangan Pelawat dari UTM's Skudai saya tak pasti pelajar atau penjawat dari Fakulti Pengurusan yang di Ketuai oleh Prof Dr Hamdan.berdasarkan dari pengamatan saya mereka semuanya penjawat dari fakulti Pengurusan. ramai agak Veteran juga.
Kak Teh dan kak Idah sedang siap sedia jamuan tengah hari untuk tetamu dari Skudai.

Sampai di Lubuk Merekak, Nasib mereka kurang baik hari hujan,semua kemah basah diluar dan dalam, Nasib baik menu kak Teh dapat menenangkan keadaan.lihat dari raut wajah mereka tak puas hati sebab banyak kemah digenang air. kesian tapi apa nak buat. itu lah budak-budak ni kekadang tak ambil berat. susah nak mengajar budak-budak ni.sepatutnya kalau hari hujan tengoklah mana-mana kemah yang tak tutup pintu atau tempat bertakung air.ambil tindakan. ini tidak di biarkan sahaja. itu lah dia bila dalam diri kita bersikap tak ambil peduli.
Pada hari pertama agak padat juga program dari Prof Dr Hamdan. ini yang saya suka dengan UTM.program nya padat.saya mencuri dengar dari jauh apa sahaja program mereka untuk dijadikan ilmu. mudahan-mudahan ilmu yang saya curi tu dihalal kan.
Saya tak berniat untuk menulis selengkapnya program UTM kali ini. lebih kurang sama dengan progamn terdahulu.ada sedikit perbedaan dari segi motivsi dan team building. biarlah dia untuk kami yang menghayatinya sahaja.
Pagi 8hb Ogos 2009 Jam 900 pagi saya meninggalkan Lubuk Merekek untuk ke Pejabat Taman Negara di Bekok, sementara peserta dari UTM ke Takah Tinggi. teringat saya apa terjadi pada peserta dari CIDB yang patah tangan sekembali dari Takah Tinggi.
Harmonic saya yang di kurantin di lubuk Merekek.

8hb Ogos 2009- sesampai di pejabat Taman Negara bekok, Peserta dari Singapura belum sampai. kami hanya meneliti progarm selanjutnya. ada satu kumpulan dari Serawak akan Hadir,tapi belum disahkah kehadirannya. Lebih kurang Jam 11.00 pagi sebuah bus dari Singapura sampai membawa 40 punumpang, sementara mereka memunggah beg ke kenderaan pacuan 4 roda. salah seorang dari krew kami mengaggihkan mask. Tercengang -cengang pelawat dari kota Singa melihat ramai diantara kami mengenakan mask. untuk tidak menyinggung hati pelawat dari Singapura saya tidak mengunakan mask tersebut. saya ambil risiko.H1NI. dihati saya gerun juga. salah seorang dari mereka bertanya' why they put on the mask"? selamba saya jawab." the road that we are going thru is very dusty" .why you dont wear the mask? dia tanya lagi. selamba saya jawab."my jeep is air- conditioned". sepanjang perjalanan berbagai soalan yang di ajukan. nampak sangat orang ni tak kenal malaysia yang sebenar. cara soalan yang di ajukan mungkin mereka pernah datang ke malaysia pada tahun 60an.sesekali saya bangga jadi warga malaysia.akhir sekali kesemua pelawat di hantar ke Lubuk Tapah.

Ahad 9hb Ogos 2009 sedang saya bersiap sedia untuk menghantar keluar xyl dan harmonic saya ke Bekok,saya mendapat tahu salah seorang peserta dari Singapura mengalami sakit apendiks. sebenarnya pada pagi ahad Xyl akan menghantar harmonic ke MRSM Pontian sebab tempoh kurantin dah tamat. jadi saya pun membawa keluar pesakit tersebut bersama xyl dan harmonic saya.
Dalam perjalan ke Bekok pesakit tersebut melolong kesakitan, umur nya dah hampir 50 tahun tapi macam budak kecik. terganggu pemanduan saya akibat dari rengekan dan laungan pesakit tersebut.
Tiba-tiba Jeep saya mengalami kerosakan.saya tak pasti apa kerosakan.hilang Power dan temperature naik. saya memberhentikan kenderaan.dan melihat engin.semuanya okey. radiator cap sejuk. air ada .apa masaalah Jeep ni?. Saya start engin hidup seperti biasa, tapi tak ada power, dan ada bunyi crackling. risau saya di buatnya.
Setelah 5 atau 6 kali berhenti saya mengambil keputusan untuk meminta bantuan dari pejabat Bekok. itu lah untungnya ada Radio.boleh berhubung dengan dunia luar. dalam masa yang sama saya cuba juga mengerakkan Jeep saya, sesampai di Kampung Kudung Bantuan dari Pejabat Taman Negara sampai dan saya memindahklan pesakit tersebut bersama xyl dan harmonic saya.
Saya bersama En Saleh mengekori dari belakang dan En Hairil Pegawai taman negara terus ke Pusat Kesihatan Kecil Bekok.
Dalam keadaan Jeep saya yang enjin nya tak menentu.akhirnya saya sampai di pejabat Taman Negara dan En Salleh terus memberi bantuan dengan mengunakan kereta Proton Pesonanya kami terus ke Pusat Kesihatan kecil bekok.di sana saya mengambil xyl dan harmonic lalu terus ke rumah kak Idah,di Pej Perhutanan Bekok. Sementera En Hairill di tugaskan memantau perkembangan Pesakit Singapura.
Kak Idah keluar lebih awal dari lubuk Merekek kerana suaminya diserang sakit Jantung. sesampai di rumah Kak Idah,Kami memuggah semua barang milik xyl dan harmonic ke kereta.Malangnya kereta xyl saya kehabisan beteri setelah tidak dihidupkan selama 5 hari.Saya bersama En Salleh bergegas ke kenderaan En Hairill kerena kami tahu dia ada Jump start.
dan setelah mendapatkan jump start dari En Hairll kami segera ke Rumah kak Idah dan Berjaya hidupkan enjin kereta xyl saya.
Setelah xyl dan harmonic bersalaman dengan Kak Idah mereka berlalu pergi menuju ke MRSM Pontian.kami mengekori dari Belakang satu akan belok ke Kiri dan saya dan En Saleh akan Belok ke Kanan.Tiba-tiba saya ternampak satu beg seakan-akan beg harmonic saya," En salleh! Beg anak saya tertinggal lahh." " okey kita kejar dia.." En Salleh mula mengejar kereta xyl saya. " En Salleh, kasut pun ada." .... maka berlakulah acara kejar mengejar pada pagi itu. xyl saya memang seorang pemandu yang laju.saya tengok meter kereta En Salleh 130km/h. saya suruh En Salleh angkat high light untuk memberhentikan kereta xyl saya. agak hampir lima minit mengejar,maka xyl saya memberhentikan keretanya.
Apabila saya hendak membawa turun kasut tersebut, En Salleh menjerit " ITU KASUT SAYA"
dan apabila saya hendak mebawa turun Beg tersebut,En Salleh pun menjerit " ITU BEG SAYA"
Kah..Kah..Kah...Kami tergelak......
Lalu saya turun dari kenderaan En Salleh dan menghampiri kereta xyl saya dengan selamba.tengok harmonic dan berpesan dengan xyl pandu dengan cermat.,mungkin xyl saya hairan kenapa mengejar macam perompak dengan hanya berpesan' pandu dengan cermat.'

Xyl dan harmonic saya suka berendam.

Hampir 6.30ptg Jeep saya siap di baiki oleh Ijam salah seorang makenik dalam kumpulan kami. hampir 8.00mlm saya masuk semula ke Lubuk Merekek.Kesemua peserta dari UTM telah meninggalkan Lubuk Merekek, Saya tak berkesempatan bertemu dangan peserta dari UTM kerena pada hari ini banyak hal yang saya lalui.

10hb Ogos 2009. di Lubuk Merekek hanya saya dan Kumpulan Dari Serawak dan di LubukTapah Kumpulan dari Singapura yang akan Balik hari ini. Awal pagi saya membuka kemah,dan mengemas semua peralatan. yang tinggal hanya barang-barang KakTeh yang belum sempat di bawa keluar.

Jam 11.00 pagi ,saya ke Lubuk Tapah dan mengambil kesemua pelawat dan membawa ke Pejabat Taman Negara Bekok.dan saya sendiri pulang ke Base.

11hb Ogos 2009 di Base, Xyl mengadu telinga dia rasa sakit dan saya terus menbawa dia ke klinik,lalu pihak Klinik memberi referral leter ke Hospital Pakar PUTRA.

Tanpa menyemak surat tersebut, kami terus menuju keBatu Pahat. kerana kebiasaan kami di Hospital Pakar Putra Batu Pahat. Dalam Perjalanan saya minta Xyl membaca surat tersebut,dan xyl menyebut Dato Dr Gunasan Pakar ENT. Saya terus hentikan kereta.lalu berkata Hospital Pakar Putra Batu Pahat mana ada Dato Dr Gunasan. apabila di amati rupa-rupanya kami di rujuk ke Hospital Pakar Putra Melaka.

Tanpa banyak persoalan, sebab saya telah letih terus buat pusingan ke Melaka. dalam Perjalanan kami QSO di Jaluran Pendek dan berjumpa SWAL Sufian di Tangkak dan terus ke Jalan Bendahara Melaka.

Jam 3.30 ptg baru kami dapat berjumpa Dr Pakar di Hospital Putra.Dato Dr Gunasan tak ada, di ganti dengan Dr Rajeswaran. Agak ramah juga Dr Rajeswaran. dia menunjukkan satu persatu Fungii yang dah tumbuh dalam telinga xyl saya.di sedut dan di kutil masih ada yang melekat dan akhirnya xyl saya di masukkan ke wad.

No comments:

Post a Comment