SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2HSM (Nine Whiskey Two Hotel Sierra Mike)!

Just for City Zack

Wednesday, July 29, 2009

UJI-MINDA CARA ORANG ASLI SEMENANJUNG.

PERMAINAN KERCANG.

Terlebih dahulu ingin saya lafazkan kekaguman saya kepada kaum Asli negara kita yang begitu tinggi intelektualnya hingga terhasil nya permainan Kercang ini.Selama ini kita tidak begitu arief dengan kebijaksanaan kaum Asli.

Bagi kaum melayu,jika di sebut orang asli maka telah terpahat dalam minda mereka, kebolehan Tok Batin dalam perubatan alternatif, seperti akar-akar kayu, minyak cenuai dan yang paling dasyat adalah ubat guna-guna untuk memudaratkan musuh seperti mengenakan penyakit busung.

Bagi kaum Cina,bila di sebut orang asli, terpahat dalam minda mereka selain dari ubat guna-guna mereka lebih berminat untuk mendapatkan Damar, Rotan,kayu Gerharu, petai dan lain-lain hasil hutan.

Bagi kaum India ,selain dari ubat-ubatan,dan hasil hutan, maka terbayang lah keayuan anak gadis orang asli untuk di peristerikan ,contohnya di Bukit Ibam.Majoriti anak orang asli mirip kaum India.

Tidak ramai yang mengatahui bahawa kaum asli kita begitu tinggi intelektual nya hingga berhasil ciptaan permainan Kercang . Bagi kaum melayu pula kita lebih banyak kepada teka-teki .kerana kita lebih suka bercakap dari berfikir.kalau kita amati kaum asli amat kurang bercakap. lebih suka mendiamkan diri. mungkin kita beranggapan kaum asli mundur,tak suka hidup bergaya. tak kemas.dan bermacam-macam angapan dan andaian.itulah perspektif terhadap kaum asli.

Pada tahun 2006, buat pertama kali permainan Kercang di siarkan di TV.saya tak ingat samada RTM atau TV 3.saya tidak begitu ambil berat di sebabkan permainan tersebut tidak ada di depan mata.tetapi masih kagum dangan ciptaan tersebut.

Pada tahun 2008, saya bertandang di rumah sahabat saya di Johor Bahru, pada masa tu kami menghadiri mesyuarat seketeriat kembara Mahkota Johor 2008. saya di hulur oleh Saudara Bahar permainan tersebut. Alhamdulillah, saya berjaya menyelesaikanya. satu demi satu permainan tersebut berjaya saya selesaikan.

April 2009, sekali lagi permainan Kercang di sua kan kepada saya, bagi saya yang pernah menyelesaikan permainan tersebut dengan Ego menjawab. Ahh, itu senang aje bah. tetapi di sebaliknya ramai yang malas berfikir. maaf saya katakan . ramai yang tak berjaya menyelesaikannya.yang minta bantuan tak ACI.

Terfikir oleh saya, permainan tersebut masih ramai yang belum mengatahui, mungkin jutaan manusia yang belum mengatahui permainan Kercang tersebut. " AMARAN BAGI YANG INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGKOMERSIALKAN. PERMAINAN TERSEBUT TELAH DI PATERN KAN OLEH JHEO"
Maka dengan ini saya lampirkan sedikit image permainan Kercang tersebut.

ADA LIMA JENIS KERCANG


KERCANG KAHWIN

Kercang Kahwin, permainan Kercang kahwin di reka untuk anak teruna kaum asli yang belum berkahwin. sekiranya anak teruna tersebut berjaya mencantumkan dua manik kayu seperti gambar di atas maka anak teruna tersebut layak untuk berkahwin.

Kedudukan manik kayu sebelum bercantum

KERCANG WAU ( yang ni saya bubuh nama)

Relung tali berjaya di lepaskan. dalam permainan ini anda hanya perlu 2 langkah untuk melepaskan relung tali tersebut dari rangka rotan yang di tengah.


Kedudukan Asal relung tali berada di tengah kerangka rotan.



KERCANG YU ( yang ni pun saya memandai beri nama)
Kercang Yu adalah asas kepada segala permainan Kercang. Sekiranya anda berjaya melepaskan relung tali tersebut amat mudah bagi anda untuk menyelesaikan kesemua permainan Kercang tersebut.

Begini lah kedudukan tali yang hendak dilepaskan.



Pemainan Kercang amat seronok jika kita belum pernah mencoba, bagi yang telah memliliki permainan tersebut dan masih belum berjaya boleh menghantar email anda kepada saya,atau hubungi saya melalui Hand phone.
permainan ini tidak menjadi seronok sekiranya belum betul-betul mencoba tetapi hendakkan hasilnya. SELAMAT MENCOBA...........

2 comments: