
Post dari wakaf Ham segamat.
Setelah Sembilan (9) bulan bonda saya pulang ke rahmatullah, baru hari ini dapat saya abadikan ucapan takziah dari rakan di wakaf ham ke blog saya.
Saya juga ingin mengabadikan ucapan terima kasih saya kepada semua rakan terutama dari Wakaf Ham Segamat yang membantu saya dalam banyak urusan untuk mengendalikan jenazah.Terima kasih kepada Bang Amran (WTKA) kerana menguruskan hal ehwal memandikan jenazah.
Terima kasih kepada Cikgu Md,Jan, Cikgu Azli, cikgu Affendi ,Bang Fuad yang sama-sama menghantar saya ke Balai Polis.untuk membuat lapuran kematian.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan dari dari kelab KPFM dan rakan Segamat Ham Club yang turut menziarahi Jenazah Bonda Saya.
Terima Kasih juga kepada semua rakan Ham seluruh negara yang menghadiahkan Al-Fatihah kepada bonda saya melalui udara.
Dan tak lupa juga kepada semua rakan yang menghantar ucapan takziah melalui Sistem pesanan ringkas SMS.
Tak lupa juga rakan-rakan dari Maybank Segamat, yang sama-sama berada tanah perkuburan semasa pengkebumian jenazah bonda saya.
Saya sungguh tak menyangka, kehadiran rakan -rakan yang begitu ramai sekali di rumah bonda saya. Sekiranya pada saat tersebut saya tidak dapat melayan rakan-rakan,saya memohon maaf.
Semuga Allah memberkati rakan-rakan semua.tak terbalas oleh saya segala budi baik tuan-tuan sekelian.
Al-fatihah.
No comments:
Post a Comment