SELAMAT DATANG KE BLOG 9W2HSM (Nine Whiskey Two Hotel Sierra Mike)!

Just for City Zack

Thursday, July 9, 2009

ALLAH SENTIASA MEMBERI PETUNJUK


Terima kasih, 9W2MUC, 9W2ABW dan 9W2ALJ.
Sejak kebelakangan ni kesihatan saya tak begitu baik, kerap keluar masuk wad, Banyak aktiviti-aktiviti rakan-rakan tidak dapat saya sertai.
Saya ucapkan terima kasih kepada 9W2MUC kerana sudi datang melawat saya, walaupun saya dah agak sihat juga. tak lupa kepada Pak Wahab dan Azman yang sudi berkunjung ke QTH saya,
Saya juga terkilan tidak dapat menyambut rombungan dari utara tanah air, sekembali dari tapak ko karikulum SMK dato Bentara Dalam,kesihatan saya terganggu dan di kejarkan ke Hospital. dapat lah saya bermalam 2hari di wad tiga.
24hbApril 2009 , saya juga menghampakan rakan dari REDAH 4X4, dan juga rakan NASRAC, pada hari tersebut,saya sepatutnya bersama mereka ke Lubuk Merekek,Selai ,Johor.
Tapi malangnya pada 22hb April 2009, saya check in kat wad 3 lagi, bermalamlah saya selama 4 hari 3 malam di wad tersebut. Pengalaman saya semasa di wad 3 sungguh mengharukan, Jiran sebelah katil saya, menghembuskan nafas terakhir pada hari jumaat ,jam 1.30pm, 24hb April 2009.semasa beliau berbual-bual dengan saya,
Allah yarham Pak Ibrahim (jiran di wad) walaupun saya mengenali beliau hanya beberapa hari sahaja banyak yang saya pelajari erti hidup dari beliau, saya tak tahu kenapa saya begitu menghargai beliau. Perkenalan saya dengan Allahyarham pak Ibrahim mengajar saya erti ketabahan, erti kesabaran. walaupun beliau Seorang bapa kehilangan Isteri lebih kurang 27 tahun yang lalu, membesarkan anak yang kehilangan ibu ketika si anak berusia 9 bulan,sekarang si anak telah mempunyai isteri dan 2 anak.
Beliaulah seorang bapa dan seorang ibu kepada 4 orang anak,hinggalah beliau berjaya membesar dan mendidik anak-anak hingga menjadi orang berguna. perkenalan saya dengan beliau walaupun dalam masa yang singkat ,dari permerhatian saya dan juga dari mulut anak-anak beliau,membuat saya terpegun. kagum saya dengan Allahyarham Pak Ibrahim ni.
Permergian beliau semasa berbual-bual dengan saya, tidak akan luput dari ingatan saya,masih terbayang oleh saya macam mana Doctor bertungkus lumus untuk menyalamatkan beliau.tetapi sesungguhnya setakat itu tugas beliau di mukabumi allah ini.
Kejadian kedua dalam hidup saya, pada 14hb june lebih kurang jam 5.30pm ,semasa saya hendak membeli durian,sedang saya memilih-milih buah durian yang hendak di beli,tiba-tiba tokeh cina yang menjual buah durian tersungkur kebumi sambil sebelah tangan memegang dada,
Panik saya di buatnya, hanya talian 999 yang saya ingat. agak lambat juga Ambulan sampai. terkilan saya,walaupun pernah melihat Doctor membuat CPR, tapi tak dapat saya praktikan.
saya hanya mampu meriba Tokeh durian tersebut hingga nafasnya yang terakhir.
Mudahan-mudahan sekiranya Allah menyemput saya,saya harap saya tidak keseorangan.


No comments:

Post a Comment